Pages

Sunday 27 December 2015

PULAU PANGKOR

TEKS: RAFIDAH BINTI ALI
FOTO: RAFIDAH BINTI ALI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lamanya rasa tidak kemaskini blog, almaklum lah sibuk menguruskan business teksi dan bengkel kereta hendak-hendak sudah hujung tahun ini.  Banyak teksi yang perlu di hantar ke puspakom dan perbaharui cukai jalan.  Bila di puspakom faham-faham je lah berjam-jam menunggu.  Ikut nasib kekadang cepat selesai kekadang itu sampai malam menunggu.

Walau macamana pun tahun ini ada 2 tarikh bersejarah buat kelurga kami, 14/11/2015 hari itu anak buah(anak abang)  pertama kawin dan dikuti anak buah(anak kakak) bertunang pula 12/12/2015. Tarikh tu amat bermakna bagi saya kerana masa itu lah kami sekeluarga dapat berkumpul adik-beradik.  Seronok tidak terkata.


Anak buah(anak kakak) tunang dapat orang Teluk Intan Perak.   Selesai sahaja majlis tunang kami terus ke Pulau Pangkor satu jam dari Teluk Intan.  Idea ini pun datang daripada ayah saya katanya nak cari ikan bilis cantik-cantik kat sana almaklum lah belum pernah sampai Pulau pangkor, yang asalnya cadangan daripada kakak saya.  Kami sampai jeti Marina Island Pangkor jam 6:00 petang, kelam kabut kami ingatkan feri terakhir pukul jam 6:00 petang, rupa-rupanya feri terakhir jam 10:00 malam.  Lega rasanya takut tidak dapat naik feri sedangkan Homestay dah tempah. 10 minit sahaja daripada Marina Island ke Pulau Pangkor.

Sampai sahaja di Pulau Pangkor, kami menaiki 2 teksi/van berwarna pink ke Homestay yang kami tempah.  Bayaran yang di kenakan hanya RM10 setiap satu teksi.  Kami di hantar ke Ye Lin Guesthouse, cantik bangunan nya(lihat di gambar).  Kami hanya menyewa 2 bilik, bilik pertama untuk 10 orang, dan bilik kedua untuk 6 orang tetapi kami ramai ada 21 orang, maka terpaksa lah sewa tilam tambahan untuk yang masih kanak-kanak.

Malam itu, kami ber BBQ ada orang sponsor. Kami bakar ayam dengan kambing sahaja itu yang terlarat kami angkut bawa ke pulau pangkor.  Itu semua kami bawa daripada Kuala Lumpur.  Pihak homestay pun memang ada sediakan ruang untuk kami ber BBQ.  Macam arang itu kami beli lah di Pulau Pangkor. Ada juga lah makanan lain macam nasi lemak, kalau tiada takut tidak kenyang makan BBQ sahaja.  Kami ber BBQ sampai pukul 12:00 malam sahaja, semuanya tidak larat melayan mata dan kepenatan perjalanan ke sini.

Keesokannya selepas sarapan kami terus ke pantai. Ada macam-macam aktiviti kat sana, sebahagian dari kami ada yang bermain kuda, Banana Boat dan lain-lain dan ada juga yang jadi pemerhati sahaja.  Keadaan laut masa tu tenang sahaja tidak berbahaya untuk kami mandi manda.  Sebelum matahari tegak naik dan bahang memanah kulit kami sudah beredar balik ke homestay.  Di homestay ada disediakan kolam renang kami sambung mandi di situ pula.  Masa ini kanak-kanak lah paling seronok mandi dan kita yang jadi pemerhati pun seronok tengok keriangan mereka.

 Dengan masa yang terhad setakat itu sahaja masa untuk kami bermain air, lalu kami ke bilik dan berkemas-kemas beg dan keluar bilik jam 12:00 tengahari.  Aktiviti kami tidak terhenti di situ, kami menyewa teksi/van dan minta mereka bawa pusing-pusing di Pulau Pangkor ini.  Uncle cina yang menjadi pemandu pelancong kami, destinasi pertama uncle bawa kami ke kilang keropok ikan ada bermacam jenis keropok di situ.  Ada keropok ikan, sotong, udang dan macam-macam lagi sedap-sedap rasa keropok ikan itu.  Banyak lah masing-masing borong keropok di situ.

Destinasi kedua kami di bawa ke Tokong Foo Lin Kong, yang menarik di situ ada ikan besar-besar seronok tengok.  Cenderahati pun boleh beli di situ ada macam-macam jenis yang menarik.  Destinasi selanjutnya kami di bawa Kota Belanda, di situ boleh lah kita lihat peninggalan bekas-bekas sejarah.  Struktur binanya pun masih berada dalam keadaan asal.  Itu merupakan destinasi terakhir kami sebelum kami di hantar ke jeti. Sampai sahaja di jeti terperanjat saya ramai nya orang beratur untuk naik ke bot.  Ada itu, samapai bergaduh, menjerit dan macam-macam lagi.  Nasib kami baik kami beratur ke laluan Marina Island di situ tidak ramai orang, kami beratur pun dalam keadaan tenang.  Mereka yang ramai itu semua nak ke jeti Lumut.  Sekejap sahaja kami beratur sudah sampai giliran naik bot.  Kami sampai ke jeti Marina Island jam 4:00 petang.  Masa itu hujan sangat lah lebat.  Selepas hujan reda baru kami pulang.  Tetapi mereka semua ada rancangan lain lagi, mereka hendak ke Lumut katanya nak beli ikan bilis cantik-cantik di sana.  Saya dan suami pulang balik ke Kuala Lumpur tidak ikut serta mereka kerana banyak kerja yang perlu di uruskan.

 Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata dan kegembiraan yang tidak dapat diucap apabila bersama keluarga tersayang.  Banyak kenangan kami di sana,harap kami dapat berkumpul begini untuk tahun-tahun akan datang.