TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini saya bermurah hati hendak kongsi resepi pop corn. Semua suka makan kan, sambil tengok TV, wayang sambil menyuap ke mulut. Sampai tidak sedar pop corn habis di makan. Ok ini resepi nya, senang je boleh buat dekat rumah puan-puan, boleh buat banyak-banyak dan snek untuk anak-anak. Ha, kan sudah jimat belanja.
Bahan dan cara-caranya
1. 2 sudu besar
minyak masak + 2 sudu besar marjerin.
2. Panaskan periuk
menggunakan stir fry sehingga marjerin cair
3. Masukkan 2 genggam
jagung popcorn. Gaul kesemuanya.
4. Offkan. Tutup dan set high
pressure selama 2 minit... Release pressure, buka penutup dan
keluarkan pop corn tersebut.
Karamel
5. 2 sudu minyak dan
marjerin, stir fry untuk cairkan minyak dan marjerin.
6. Masukkan
2 sudu besar gula perang.
7. Offkan dulu, kemudian masukkan 2 sudu
madu dan kacau.
8. Masukkan pop corn tadi dan gaul mesra, angkat
dan sedia untuk dihidang.
Saturday, 31 October 2015
Friday, 23 October 2015
DODOL 15 MINIT
TEKS ; RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI
Bahan-bahannya
1/2 cawan gula merah
1 cawan gula melaka
4 sudu gula putih
1 cawan air
2 helai daun pandan
*Bahan-bahan tersebut di Stir fry kemudian di sejukkan dan di tapis
*Ini sebagai air gula
Bahan lain
1 cawan tepung pulut
2 cmb tepung beras
2 cawan santan pekat
1 cmt garam
Air gula
*Untuk memudahkan kerja, bahan di atas semua di blender dan kemudian di tapis.
Cara-caranya
Bahan yang sudah di tapis di masukkan ke dalam periuk dan steam 5 minit dan kemudin stir fry hingga tidak melekat pada periuk.
Selamat mencuba

Sebelum |
Selepas |
Thursday, 22 October 2015
SIAKAP KUKUS
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Siakap Kukus
Bahan-bahannya
1 Ekor ikan siakap saiz sederhana
Halia sebesar ibu jari - dimayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
3 biji bawang putih - cincang halus
5 biji cili padi warna merah - cincang halus
5 biji cili padi warna hujau - potong dua
1 biji tomoto - belah empat
3 batang serai
2 sudu sos tiram - lumur pada ikan
1/2 sudu teh garam - lumur pada ikan
Sedikit air asam jawa
Cara-caranya
-Semua bahan dan ikan dimasukkan ke dalam satu bekas kemudian kukus.
-Versi Noxxa kukus 20 minit- mengunakan teknik meletak tungku kemudian diletak bekas/tupperware di atasnya dan air di paras tungku.
Ini versi masakan ikan kukus cara saya. Puan-puan boleh olah sendiri dan tambah apa-apa lagi yang patut. Saya hanya mengunakan bahan yang ada. Puan-puan kalau suka boleh tambah perahan limau, Asam boy dan lain-lain.
Selamat Mencuba
Untuk sebarang tempahan boleh melalui saya
Whatshap : +6010-7846392
Email : pnrafidahali@gmail.com
Noxxa Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : KOLEKSI SENDIRI & CARIAN GOOGLE
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ini saya hendak kenalkan sahabat baik saya yang banyak berbakti kepada saya dengan memudahkan rutin harian masakan saya. Sejak adanya selalu dapat pujian dari en suami masakan saya jadi sedap dan masa masakan saya juga menjadi cepat.
Pasti semua hendak tahu kan namanya, ini lah Noxxa Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik.
Pelbagai fungsi - Masak Perlahan, Mengukus, Menumis.
Saiz periuk bahagian dalam
Harga
Untuk Ahli - RM 657.20
Untuk Bukan Ahli - RM 788.65
Waranti satu (1) tahun daripada kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.
Senangkan, saya suka menggunakan khidmat ini, lebih-lebih lagi sangat membantu kaum ibu-ibu yang sangat sibuk.
Untuk sebarang tempahan boleh melalui saya.

Penerangan
- Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah
- Pelbagai fungsi - Masak Perlahan, Mengukus, Menumis
- Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat
- Pelewat Masa sehingga 8 jam.
- Periuk tidak melekat 8L.
Saiz periuk bahagian dalam
- Diameter: 26.2cm
- Height: 17.5cm
Harga
Untuk Ahli - RM 657.20
Untuk Bukan Ahli - RM 788.65
Waranti satu (1) tahun daripada kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.
Senangkan, saya suka menggunakan khidmat ini, lebih-lebih lagi sangat membantu kaum ibu-ibu yang sangat sibuk.
Untuk sebarang tempahan boleh melalui saya.
Whatshap : +6010-7846392
Email : pnrafidahali@gmail.com
Wednesday, 21 October 2015
TRADISI MENJEMPUT
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam awal-awal pagi sudah dapat whatshap dari kakak ipar cakap hendak datang rumah. Katanya hendak bergerak dari Melaka selepas sarapan pagi. Kalau ikut perkiraan mereka sampai KL tengahari waktu makan. Belum pun sempat hendak memasak suami ajak keluar teman dia beli barang bengkel, maka teman kan lah dia sekejap. Sampai rumah sudah tengahari, dalam fikiran sediakan menu ringkas sahaja maka terhasillah ayam kicap pedas, ayam goreng dan kangkung goreng belacan untuk tetamu jauh.
Sebaik mereka sampai di rumah dan selepas makan tengahari, kakak ipar mengajak berjalan ke Kenanga Wholesale City (KWC) katanya hendak cari baju blouse. Hari itu juga abang saya suruh saya jadi pemandu katanya senang orang KL yang pandu kereta tahu jalan dan tahu lorong mana hendak masuk. Kalau dia yang pandu katanya salah dengar arahan sahaja habis memanjang salah jalan. Oleh itu saya berkhidmat untuk dia sepanjang hari itu. Semua pasti tahu kan KWC ini tempat borong pakaian lelaki perempuan, aksesori wanita, beg tangan, tudung, telekung,jubah, kasut dan macam-macam lagi. Jikalau kita beli dalam kuantiti yang banyak pasti kita dapat harga yang murah. Kalau beli satu harga macam dekat kedai biasa lah. Sesiapa yang minat berniaga boleh dapatkan stok daripada situ murah-murah saya tengok harga borong di situ. Di buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
Sebenarnya tujuan mereka datang ke KL hendak menjemput sedara mara di sekitar KL untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka. Nampak tak, sempat lagi membeli belah kan. Berbalik ke tujuan asal sebaik sahaja selesai membeli belah di KWC, kami pergi minum dahulu di down town cheras, baru lah pergi ke rumah sepupu(lelaki) berdekatan rumah saya. Sesampai sahaja di rumahnya, salam kami di sambut oleh anak sepupu saya. Katanya ayah dia tiada di rumah balik kampung Muar yang ada emak dia sahaja. Walaubagaimanapun kami di sambut baik dan di pelawa masuk ke rumah nya. Sambil-sambil berborak kami di hidangkan mee goreng udang, teh tarik, air oren dan kuih muih. Itu kami tidak bagi tahu hendak datang, kalau bagitahu lagi macam-macam mereka hidang. Apa yang best nya makanan dan air tersebut semuanya pesan dari kedai makan berdekatan. Punya lah senang orang sekarang kan semua main pesan sahaja yang penting sedia duit.
Dalam kami berborak-borak, tetiba kami di kejutkan dengan kepulangan sepupu saya sungguh cepat dia memandu 2 jam sudah sampai dari Muar. Perbualan kami jadi sambung menyambung tanpa sedar jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Banyak perkara yang kami berbualkan. Topik yang menarik mengenai anak lelaki sepupu saya. Rupanya sudah 3 bulan dia menganggur. Ini bukan di sebabkan dia tidak mahu kerja tetapi di paksa ambil VSS. Muda lagi umurnya baru 22 tahun. Sekarang ini sibuk menyiapkan ilmu berniaga. Saya sokong apa yang dia lakukan. Dia patut rasa bersyukur pada umur yang muda sudah di uji dan menyedarkan diri dari buaian keselesaan bekerja makan gaji. Kan “perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kita”. Maka nasihat demi nasihat di berikan kepada nya sebagai penguat semangat untuk teruskan kehidupan. Nampak gayanya dia sudah ada perancangan pasal berniaga ini.
Satu perkara yang saya hendak sentuh lagi mengenai budaya menjemput majlis perkahwinan, keluarga kami masih mengekalkan tradisi ini. Walaupun sudah ada teknologi canggih seperti telepon, whatshap, facebook dan lain-lain lagi tetapi kami masih kekalkan adat tersebut. Nampak lebih sopan dan manis menjemput sedara terdekat terus datang ke rumahnya. Ini semua bergantung kepada keselesaan masing-masing. Yang mana ada masa boleh buat cara tersebut dan mana yang tiada masa boleh gunakan teknologi yang ada. Dimaklumkan abang dan kakak ipar saya sudah 2 hari menjemput sedara mara bertolak dari Kluang dan destinasi pertama di Muar Johor, dan kemudian ke Melaka dan tidur di Melaka. Keesokan harinya baru lah bertolak ke KL rumah pertama ke rumah saya dan kedua rumah sepupu saya.
Tanpa disedari jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Kami patut bergerak balik lagipun tuan rumah kerja esok. Kami bersalaman dan bergerak balik. Abang saya menghantar saya ke rumah dan mereka meneruskan destinasi seterusnya ke rumah kakak saya di Shah Alam dan tidur di sana. Alhamdullilah diberi kesempatan seharian dapat melayan mereka hari itu.

Sunday, 18 October 2015
TIP MUDAH MEMASAK BAGI WANITA BEKERJA
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Khas untuk wanita-wanita bekerja yang sibuk tetapi berkeinginan memasak untuk keluarganya. Di sini saya berikan beberapa tip yang boleh diguna pakai untuk panduan puan-puan.
1) Rancang menu untuk seminggu, senaraikan menu beserta hari untuk masak contoh hari isnin masak ikan asam pedas dan sayur kankung belacan, selasa dan hari seterusnya senaraikan menu apa yang ingin dimasak supaya senang masak ikut jadual dan tidak perlu pening-pening fikir menu hendak masak apa.
2) Kupas bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit siap-siap stok untuk seminggu. Kemudian masukkan kedalam bekas dan labelkan mengikut hari supaya senang, apabila hendak masak terus ambil bekas tersebut. Tip kalau boleh tidak payah hiris-hiris bawang tersebut untuk menjaga kesegaran dan kesihatan kita.
3) Blender cili kering banyak-banyak supaya memudahkan untuk kita masak. Semasa blender cili kering masukkan garam sedikit supaya cili blender tersebut tidak cepat masam dan petuanya lagi masukkan cili blender ke dalam bekas tidak bertutup dan di masukkan ke dalam peti ais. Ini kerana jika menutup bekas tersebut akan menyebabkan bekas akan berair dan mudah cili blender masam.
4) Memasak sesuatu jenis lauk seperti ikan, daging atau ayam dalam kuantiti yang banyak. Sebaik sahaja selepas masak terus di masukkan ke dalam bekas-bekas bertutup seperti tupperware dan biarkan sejuk sebentar kemudian dimasukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Makanan begini sangat sesuai jikalau tiada masa hendak masak boleh terus panaskan lauk tersebut.
5) Pastikan juga stok makanan senang di masak yang menjadi kegemaran seisi keluarga sentiasa ada di rumah seperti telur, sardin dan sebagainya. Masakan lauk begini mudah, senang dan cepat dimasak.
6) Sediakan juga bahan rencah yang siap dipotong kecil seperti ayam, daging, sotong dan lain-lain kemudian dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan dimasukkan ke dalam peti ais bahagian beku. Bahan-bahan ini boleh digunakan untuk rencah nasi goreng, mee goreng dan lauk-lauk lain.
7) Pastikan setiap pagi sebelum bergerak pergi ke tempat kerja, keluarkan bahan masakan dari peti ais bahagian beku ke bahagian sejuk biasa mengikut menu yang hendak dimasak. Ini supaya senang apabila waktu petang semasa kita hendak masak bahan tersebut telah lembut.
8) Keluarkan bahan yang perlu sahaja semasa memasak pada hari itu supaya kita tidak serabut kepala dengan bahan yang banyak di depan mata.
9) Rancang memasak supaya masa digunakan sepenuhnya, kita kena bijak mengendalikan dapur seperti sambil mengoreng ikan kita memasak nasi, sementara tunggu kuah masakan siap kita boleh membersihkan dapur, sinki dan meja. Oleh itu siap masakan dan siap kita mengemas dapur.

Thursday, 15 October 2015
SARDIN HOMEMADE
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jom kita buat sardin sendiri di rumah
Bahan-bahannya
10 ekor ikan sardin (Dibuang kepala dan ekor)
5 biji tomato segar
1/2 cili boh dari bungkusan yang kecil (terpulang ikut selera masing-masing)
10 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar-potong bulat
3 biji bawang putih-hiris nipis
2 inci halia-hiris tipis
10 biji cili padi
1/2 mangkuk air asam jawa
Cara-caranya
1) Tamato di blender bersama cili boh dan sos tomato (Tidak perlu letak air)
2) Kemudian masukkan bahan blender dan ikan ke dalam periuk Noxxa
3) Setkan masa "High Pressure" 90 minit
4) Selepas tamat "High Pressure" bebaskan tekanan dan wap, kemudian buka penutup periuk.
5) Di kuali lain tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi, kemudian masukkan ke dalam periuk Noxxa.
6) Akhir sekali masukkan air asam jawa dan garam biarkan sehingga mendidih dan masak.
Sedap dimakan bersama-sama nasi panas dan selamat menjamu selera. Puan-puan akan mendapat hasil yang memuaskan sama seperti sardin di dalam tin. Isi ikan dan tulang ikan yang begitu lembut serta bau yang menyelerakan. Pasti memukau selera masing-masing. Tetapi dengan syarat puan-puan dan tuan-tuan mesti ada periuk tekanan seperti periuk Noxxa baru lah boleh membuat sardin di rumah. Sardin tersebut juga boleh dibuat sejuk beku dengan dimasukkan ke dalam bekas-bekas plastik dan dibekukan. Senang apabila hendak masak tinggal ambil dan panaskan sahaja. Boleh buat banyak dan jadikan stok menu harian kita.
SELAMAT MENCUBA!
Thursday, 8 October 2015
DAGING MASAK KICAP PEDAS 45 MINIT
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdullilah hari ini saya akan kongsikan resepi pertama saya. Daging masak kicap pedas, ini merupakan makanan kegemaran suami saya. Dia suka masakan kering-kering. Maka terhasil lah masakan ini untuk tersayang saya. Di sini saya akan sertakan resepinya sekali untuk rujukan puan-puan.
-1/2 kg Daging
-2 inci Halia (Saya suka lebihkan halia)
-3 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-10 biji cili padi hijau
-1 biji Bawang besar dipotong bulat
-7 batang kacang buncis
-2 biji lada besar merah
*Halia, bawang merah, bawang putih dan cili padi hijau ditumbuk.
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu teh serbuk kunyit
-1 sudu teh serbuk lada sulah
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar kicap manis
Cara-caranya
-Daging ketulan besar direbus hingga empuk.(Jika mengunakan periuk Noxxa 30 minit sahaja)
-Selepas empuk dagingnya dihiris nipis-nipis, gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah. Kemudian digoreng dengan sedikit minyak.
-Selepas daging garing, angkat dan ketepikan, kemudian tumis bahan ditumbuk/diblender hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.
-Seterusnya masuk kan daging, bawang besar, kacang buncis dan lada besar merah. Gaul hingga rata dan masak.
Akhir sekali boleh dihidangkan bersama nasi panas. Terangkat rasanya bila makan pedas-pedas dan panas. Ini jikalau kita mengunakan periuk noxxa cepat lah ia masak dan memendekkan masa kita semasa di dapur. Kiraan masa saya dalam 45 minit dapat menyiapkan masakan ini. Macam ini tidak payah pening-pening kepala apabila disuruh masak daging secepat ini.
TIP MEMASAK
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sebagai seorang ibu, pastinya mengimpikan untuk memasak setiap hari kepada keluarganya. Memasak dirumah secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim keluarga dimana kita akan berkumpul di satu meja makan. Selain itu juga, ianya dapat memikat hati suami dan anak-anak kita. Pastinya seronok kan dan hati berbunga-bunga apabila en suami dan anak-anak memuji masakan kita. Mesti akan rasa hendak masak hari-hari untuk mereka. Walau bagaimanapun, kekadang disebabkan kekangan masa seperti balik kerja sudah lewat, melayan kerenah anak, traffic jem dan macam-macam lagi, kita tidak dapat menunaikan permintaan itu. Jiwa kita pasti meronta acap kali jika persoalan daripada anak-anak dan en suami menayakan “Mama tidak masak ke hari ini?. Mesti akan ada macam-macam perasaan bermain disanubari kita.
Memasak juga merupakan satu terapi minda kepada kita dan juga satu senaman dimana semasa memasak banyak pergerakan otot-otot yang akan kita lakukan. Bagi ibu-ibu yang sibuk bagus rebut peluang ini. Biasanya apabila sudah terlewat pulang ke rumah pastinya menu masakan ringkas menjadi pilihan kita. Seperti yang saya janjikan dalam nukilan saya sebelum ini, saya akan kongsikan beberapa tip dan resepi memasak dengan mudah dan cepat. Walaupun masakan yang memakan masa lama, saya cuba ajarkan cara pendekkan masa. Tidak perlulah duduk lama-lama didapur dan berjurai peluh menunggu masakan siap. Masa yang lebih itu boleh kita peruntukan untuk anak-anak dan suami. Terlebih dahulu saya akan kongsikan beberapa tip untuk dijadikan panduan dan ingatan kepada semua yang suka memasak.
-Pastikan bahan masakan yang dipilih mestilah segar, kerana bahan-bahan mentah yang segar akan menghasilkan mutu masakan yang sedap dan sihat tanpa perlu menambah perasa tambahan.
-Pastikan pisau yang digunakan tajam, supaya tiada kecederaan berlaku.
-Menyediakan peralatan seperti kuali atau periuk bersesuai mengikut jenis masakan.
-Pastikan kepala kita bertutup supaya tiada rambut jatuh ke dalam makanan.
-Kuku pastikan dalam keadaan bersih.
-Memakai Apron supaya baju tidak kotor.
-Pastikan anak-anak kecil tiada berada sama semasa kita memasak.
-Pastikan dapur dibersihkan selepas digunakan untuk memasak.
-Keselamatan mesti diutamakan terutama pada bahan panas dan api.
-Sentiasa berselawat dan berzikir.
Sekian sahaja beberapa tip yang boleh diguna pakai semasa berada di dapur puan-puan. Dengan beberapa tip ini menjadikan kita lebih teliti dan berhati-hati semasa di dapur supaya tiada kemalangan tidak diduga berlaku.

Thursday, 1 October 2015
PENGENALAN DIRI
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
Alhamdullilah dan syukur ke hadrat Ilahi,
dengan izinnya dapat saya bertemu Puan Anys Idayu Zakaria dan cetusan idea darinyalah permulaan penulisan blog ini.
Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya,
nama penuh saya Rafidah binti Ali. Anak kepada
pasangan Ali bin Ahmad dan Hasnah binti
Atan(arwah). Ayah saya merupakan seorang peneroka Felda dan
saya dibesarkan di Felda Kahang Timur. Kini
usia saya 32 tahun, sudah berkahwin dan belum dikurniakan anak(mungkin akan datang). Buah hati cinta saya Ramli Bin Dawa berasal
dari Kg Menunggui Kota Belud Sabah.
Saya mendapat pendidikan awal di sekolah Tadika Felda Kahang Timur(tahun
1989), seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Felda Kahang Timur(tahun
1990-1995). Kemudian ke Sekolah Menengah
Felda Kahang Timur(tahun
1996-2000). Selepas PMR saya megambil aliran perakaunan, masa itu minat perkara yang berkaitan nombor dan kira-kira. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan
enam dalam aliran sastera, masa itu di sekolah itu tiada aliran perakaunan. Saya bersekolah di bandar Sekolah Sultan Abdul Jalil Kluang(tahun 2001-2002). Di tingkatan enam inilah pertama kali saya sekelas dengan ada cina, india dan melayu, terasa macam baru terbuka minda
dan terkeluar daripada kepompong biasa. Pada
tahun 2003 saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara
Malaysia(UUM) dalam kos kewangan selama
3 tahun (2003-2006). Saya berjaya memperolehi Ijazah Kewangan dengan Kepujian.
Selepas daripada itu maka bermulalah episode jatuh bangun dalam mencari-cari pekerjaan. Saya memilih untuk mencari kerja di Kuala Lumpur(KL), masa itu saya menumpang teduh
di rumah makcik saya di Pantai Dalam KL. Minat saya hendak kerja bank sebab suka pegang dan kira-kira duit. Maka berpuluh-puluh resume saya hantar
ke semua bank. Alhamdullilah semua panggil
datang temuduga tetapi jawapan selepas itu semuanya amat mendukacitakan. Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan, duit poket makin susut(duit yang diberikan oleh ayah, abang dan kakak) tetapi kerja belum diperolehi. Dengan rasa terpaksa saya bekerja di Jusco midvalley sebagai promoter (kontrak 3
bulan). Habis kontrak tercari-cari kerja
lain pulak dapatlah kerja di farmasi sebagai pembantu jualan(dalam hati rasa ok
lah daripada tiada kerja).
Terasa bosan pulak kerja di farmasi sebab gaji
kecil dan saya berhenti kerja. Selepas sebulan
menganggur, saya amat berterima kasih dengan makcik saya sebab carikan saya kerja. Kerja sebagai penyelia teksi (dalam hati Ya
Allah kenapalah aku dapat kerja-kerja yang biasa sahaja, orang lain semua sudah dapat
kerja yang bagus-bagus). Dalam keterpaksaan
juga, saya melangkah pergi ke kerja dengan memakai baju putih, seluar hitam dan tudung hitam(macam pakaian promoter
). Masa itu saya diberi tugas sebagai penyelia
teksi di KL Hilton Hotel. Tugasan harian
saya menerima tempahan teksi, mengurus teksi, mengumpul duit daripada pemandu teksi
, pelanggan & hotel. Seronoknya dapat
pegang duit macam kerja yang saya mahukan walaupun bukan kerja bank.
Tanpa disangka-sangka juga, saya terjumpa suami saya, pada masa itu dia hanya
sebagai pemandu teksi walaupun ada sijil
pembantu kimia ubat. Kami berkenalan dan
pada febuari 2011 kami sepakat untuk diijabkabulkan. Kenapa saya memilihnya sebab saya nampak dia sangat
berwawasan dan berpandangan jauh. Dia juga yang menyuruh saya berhenti kerja sebelum
kami berkawin. Katanya saya sepatutnya boleh
jadi seseorang dengan kelulusan yang saya ada.
Apa yang dia nampak dan hormat saya katanya, saya tidak malu melakukan apa
kerja sekalipun walaupun ada kelulusan ijazah. Katanya saya sangat sesuai untuk dijadikan
rakan kongsi perniagaan.
Selepas berkahwin, idea perniagaan belum muncul
apa yang kami hendak buat. Walau ada sekalipun
semuanya separuh jalan. Keterujaan untuk
teruskan tiada. Sehinggalah pada pada
tahun 2012 majikan lama saya memberikan peluang
untuk menguruskan teksinya. Bermula dari
sebuah teksi dan kini menjadi 15 buah teksi. Kesemua teksi-teksi tersebut telah kami beli daripadanya.
Kemudian kami sewakan teksi tersebut kepada penyewa dengan
sewa harian. Pada tahun 2013,
alhamdullilah kami berjaya membuka bengkel baikpulih kenderaan. Tujuan utamanya, adalah untuk baiki teksi kami. Tetapi lama kelamaan semakin ramai orang luar
datang ke bengkel kami. Tugasan setiap hari
saya merekod mencatat bayaran sewa teksi(hanya dilakukan melalui online sahaja),
menjawab panggilan keluar masuk, menempah barang ganti kereta, membuat pembayaran
dengan pembekal, memperbaharui cukai jalan dan membawa teksi-teksi ke puspakom untuk
pemeriksaan kenderaan. Alhamdullilah, sekarang
ini dah melangkaui lebih 3 tahun kami
dalam perniagaan teksi dan 2 tahun dalam perniagaan bengkel baikpulih kenderaan. Alhamdullilah juga pembayaran pembelian beberapa
buah teksi habis tahun ini.
Syukur, syukur, syukur, alhamdullilah,
setiap apa ujian yang Allah beri kepada kita tidak sia-sia semuanya ada hikmah dan
perancangan rapi dari Allah SWT. Allah
SWT menemukan saya dengan suami saya,
beliau orang penting yang menyokong mendorong saya ke arah perubahan. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran saya berniaga. Bidang yang di ceburi sewa teksi dan bengkel baikpulih
kenderaan. Terasa pelik tetapi apabila melaluinya
saban tahun ini sesuatu bidang yang menarik rupanya. Mengendalikan sewa teksi dan bengkel baikpulih
kenderaan menemukan saya dengan pelbagai kerenah manusia. Maka timbullah perasaan ingin membantu ramai
orang. Kebanyakan yang datang kepada kami penuh dengan pelbagai masalah,
kami umpama kaunselor kepada mereka.
Kami memberikan pertolongan walaupun sebenarnya kami juga berhadapan masalah. Satu pelajaran yang saya dapat jika kita
tolong orang dengan ikhlas tanpa harapkan ganjaran Allah akan dating membantu
kita pula. Selama 3 tahun lebih dalam perniagaan
apa yang saya rasakan apabila berhadapan sekecil-kecil hingga sebesar-besar masalah
semuanya ada jalan penyelesaian.
Apa yang perlu kita buat, kena banyak
bersabar. Sabar itu indah kerana banyak perkara
manis yang kita akan perolehi. Niat berniaga
kita juga kena betul bukan kerana wang tetapi kepada tolong orang. Perniagaan ini lebih kepada membantu suami sebenarnya.
Walaupun sudah mempunyai dua jenis perniagaan , tetapi saya masih tercari-cari perkara yang saya suka buat dan minat. Saya suka masak, sekarang ini saya sudah dapat
formula memasak dengan cepat dan pantas.
Ianya sangat membantu ibu-ibu yang kekurangan masa dan sentiasa sibuk. Saya akan kongsikan tip-tipnya pada akan datang
serta pengalaman-pengalaman yang saya perolehi.
Kenapa saya menyertai ABDR? Kerana saya ingin
menambah ilmu berblog, mempunyai blog yang
ada arah tuju dengan sokongan tenaga pengajar
yang berpengalaman. Di samping itu,
blog ini sangat sesuai untuk saya yang banyak
menjalankan urusan melalui online tanpa mengabaikan perniagaan sedia ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)