TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
Alhamdullilah dan syukur ke hadrat Ilahi,
dengan izinnya dapat saya bertemu Puan Anys Idayu Zakaria dan cetusan idea darinyalah permulaan penulisan blog ini.
Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya,
nama penuh saya Rafidah binti Ali. Anak kepada
pasangan Ali bin Ahmad dan Hasnah binti
Atan(arwah). Ayah saya merupakan seorang peneroka Felda dan
saya dibesarkan di Felda Kahang Timur. Kini
usia saya 32 tahun, sudah berkahwin dan belum dikurniakan anak(mungkin akan datang). Buah hati cinta saya Ramli Bin Dawa berasal
dari Kg Menunggui Kota Belud Sabah.
Saya mendapat pendidikan awal di sekolah Tadika Felda Kahang Timur(tahun
1989), seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Felda Kahang Timur(tahun
1990-1995). Kemudian ke Sekolah Menengah
Felda Kahang Timur(tahun
1996-2000). Selepas PMR saya megambil aliran perakaunan, masa itu minat perkara yang berkaitan nombor dan kira-kira. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan
enam dalam aliran sastera, masa itu di sekolah itu tiada aliran perakaunan. Saya bersekolah di bandar Sekolah Sultan Abdul Jalil Kluang(tahun 2001-2002). Di tingkatan enam inilah pertama kali saya sekelas dengan ada cina, india dan melayu, terasa macam baru terbuka minda
dan terkeluar daripada kepompong biasa. Pada
tahun 2003 saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara
Malaysia(UUM) dalam kos kewangan selama
3 tahun (2003-2006). Saya berjaya memperolehi Ijazah Kewangan dengan Kepujian.
Selepas daripada itu maka bermulalah episode jatuh bangun dalam mencari-cari pekerjaan. Saya memilih untuk mencari kerja di Kuala Lumpur(KL), masa itu saya menumpang teduh
di rumah makcik saya di Pantai Dalam KL. Minat saya hendak kerja bank sebab suka pegang dan kira-kira duit. Maka berpuluh-puluh resume saya hantar
ke semua bank. Alhamdullilah semua panggil
datang temuduga tetapi jawapan selepas itu semuanya amat mendukacitakan. Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan, duit poket makin susut(duit yang diberikan oleh ayah, abang dan kakak) tetapi kerja belum diperolehi. Dengan rasa terpaksa saya bekerja di Jusco midvalley sebagai promoter (kontrak 3
bulan). Habis kontrak tercari-cari kerja
lain pulak dapatlah kerja di farmasi sebagai pembantu jualan(dalam hati rasa ok
lah daripada tiada kerja).
Terasa bosan pulak kerja di farmasi sebab gaji
kecil dan saya berhenti kerja. Selepas sebulan
menganggur, saya amat berterima kasih dengan makcik saya sebab carikan saya kerja. Kerja sebagai penyelia teksi (dalam hati Ya
Allah kenapalah aku dapat kerja-kerja yang biasa sahaja, orang lain semua sudah dapat
kerja yang bagus-bagus). Dalam keterpaksaan
juga, saya melangkah pergi ke kerja dengan memakai baju putih, seluar hitam dan tudung hitam(macam pakaian promoter
). Masa itu saya diberi tugas sebagai penyelia
teksi di KL Hilton Hotel. Tugasan harian
saya menerima tempahan teksi, mengurus teksi, mengumpul duit daripada pemandu teksi
, pelanggan & hotel. Seronoknya dapat
pegang duit macam kerja yang saya mahukan walaupun bukan kerja bank.
Tanpa disangka-sangka juga, saya terjumpa suami saya, pada masa itu dia hanya
sebagai pemandu teksi walaupun ada sijil
pembantu kimia ubat. Kami berkenalan dan
pada febuari 2011 kami sepakat untuk diijabkabulkan. Kenapa saya memilihnya sebab saya nampak dia sangat
berwawasan dan berpandangan jauh. Dia juga yang menyuruh saya berhenti kerja sebelum
kami berkawin. Katanya saya sepatutnya boleh
jadi seseorang dengan kelulusan yang saya ada.
Apa yang dia nampak dan hormat saya katanya, saya tidak malu melakukan apa
kerja sekalipun walaupun ada kelulusan ijazah. Katanya saya sangat sesuai untuk dijadikan
rakan kongsi perniagaan.
Selepas berkahwin, idea perniagaan belum muncul
apa yang kami hendak buat. Walau ada sekalipun
semuanya separuh jalan. Keterujaan untuk
teruskan tiada. Sehinggalah pada pada
tahun 2012 majikan lama saya memberikan peluang
untuk menguruskan teksinya. Bermula dari
sebuah teksi dan kini menjadi 15 buah teksi. Kesemua teksi-teksi tersebut telah kami beli daripadanya.
Kemudian kami sewakan teksi tersebut kepada penyewa dengan
sewa harian. Pada tahun 2013,
alhamdullilah kami berjaya membuka bengkel baikpulih kenderaan. Tujuan utamanya, adalah untuk baiki teksi kami. Tetapi lama kelamaan semakin ramai orang luar
datang ke bengkel kami. Tugasan setiap hari
saya merekod mencatat bayaran sewa teksi(hanya dilakukan melalui online sahaja),
menjawab panggilan keluar masuk, menempah barang ganti kereta, membuat pembayaran
dengan pembekal, memperbaharui cukai jalan dan membawa teksi-teksi ke puspakom untuk
pemeriksaan kenderaan. Alhamdullilah, sekarang
ini dah melangkaui lebih 3 tahun kami
dalam perniagaan teksi dan 2 tahun dalam perniagaan bengkel baikpulih kenderaan. Alhamdullilah juga pembayaran pembelian beberapa
buah teksi habis tahun ini.
Syukur, syukur, syukur, alhamdullilah,
setiap apa ujian yang Allah beri kepada kita tidak sia-sia semuanya ada hikmah dan
perancangan rapi dari Allah SWT. Allah
SWT menemukan saya dengan suami saya,
beliau orang penting yang menyokong mendorong saya ke arah perubahan. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran saya berniaga. Bidang yang di ceburi sewa teksi dan bengkel baikpulih
kenderaan. Terasa pelik tetapi apabila melaluinya
saban tahun ini sesuatu bidang yang menarik rupanya. Mengendalikan sewa teksi dan bengkel baikpulih
kenderaan menemukan saya dengan pelbagai kerenah manusia. Maka timbullah perasaan ingin membantu ramai
orang. Kebanyakan yang datang kepada kami penuh dengan pelbagai masalah,
kami umpama kaunselor kepada mereka.
Kami memberikan pertolongan walaupun sebenarnya kami juga berhadapan masalah. Satu pelajaran yang saya dapat jika kita
tolong orang dengan ikhlas tanpa harapkan ganjaran Allah akan dating membantu
kita pula. Selama 3 tahun lebih dalam perniagaan
apa yang saya rasakan apabila berhadapan sekecil-kecil hingga sebesar-besar masalah
semuanya ada jalan penyelesaian.
Apa yang perlu kita buat, kena banyak
bersabar. Sabar itu indah kerana banyak perkara
manis yang kita akan perolehi. Niat berniaga
kita juga kena betul bukan kerana wang tetapi kepada tolong orang. Perniagaan ini lebih kepada membantu suami sebenarnya.
Walaupun sudah mempunyai dua jenis perniagaan , tetapi saya masih tercari-cari perkara yang saya suka buat dan minat. Saya suka masak, sekarang ini saya sudah dapat
formula memasak dengan cepat dan pantas.
Ianya sangat membantu ibu-ibu yang kekurangan masa dan sentiasa sibuk. Saya akan kongsikan tip-tipnya pada akan datang
serta pengalaman-pengalaman yang saya perolehi.
Kenapa saya menyertai ABDR? Kerana saya ingin
menambah ilmu berblog, mempunyai blog yang
ada arah tuju dengan sokongan tenaga pengajar
yang berpengalaman. Di samping itu,
blog ini sangat sesuai untuk saya yang banyak
menjalankan urusan melalui online tanpa mengabaikan perniagaan sedia ada.
No comments:
Post a Comment