Pages

Friday 15 January 2016

KOTA BELUD SABAH

TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdullilah pembukaan 2016 yang sangat baik, kami pulang ke Kota Belud Sabah menemui wali keramat kami emak mentuaku sayang.  Sangat terkilan kami masih belum boleh balik setiap minggu untuk menemuinya.  Harapan kami besar untuk sentiasa bersama dengan wali keramat kami setiap masa.  Dan harapan itu juga untuk sentiasa bersama dengan ayahku sayang di kluang johor.   Kedua-duanya yang banyak mendokan kejayaan kami hari ini.  Impian kami semoga Allah makbulkan doakan kami untuk berdampingan dan menjaga mereka setiap masa.  Kami hendak selalu balik ke kampung menemui mereka.  Saya sangat merindui suasana kampung yang mendamaikan dan memberi ketenangan.

Seminggu kami di rumah mentuaku di Sabah.  Apa yang bestnya di sana ada perbezaan waktu sedikit.  Kita kena sesuaikan diri dengan waktu di sana.   Jangan terkejut 6.30pagi dah terang benderang jangan pulak terlewat bangun ingat kat semenanjung gelap lagi waktu ini.  Dan 6.30 petang pula dah gelap dan masuk mahgrib.  Di sana cepat satu jam masuk waktu solat. Tetapi bila dah selalu pulang ke sana, saya rasa automatik boleh sesuaikan diri.  Yang paling best pukul 9.00 malam mata pun dah kelat nak tidur macam kat sini pukul 10.00 malam baru terasa nak tidur.

Rumah emak mentuaku berdekatan dengan pekan Kota Belud.  Pagi-pagi kami akan pergi ke pasar, suka saya lihat sayur yang segar bugar dan ikan-ikan yang segar.  Sedap ini kalau masak, manis isi ikannya.  Sayurnya pun saya geram suka beli banyak-banyak sayur.  Masak sayur banyak pun takpe suka saya makan.  Ikan-ikan kami suka bakar sahaja sedap.  Apa yang saya nampak di sabah mereka memang suka makan makanan yang di bakar-bakar. Ikan bakar cicah sambal kicap atau cili, garam, dan perahan limau nipis pun sedap.  Di tambah sedap lagi dengan kerabu mangga.  Orang sana suka makan masam-masam.  Itu pun dah berselera sangat.  Lagi satu di sabah, jika kita pesan makanan mesti ada sup.  Itu sudah menjadi satu trademark pada orang sabah.  Di Sabah, sup pagi-pagi sudah ada memang sudah jadi satu kemestian. Di dalam supnya mesti ada timun.  Dulu pelik juga tetapi lelama dah biasa tengok, rasa ok je sedap rasa segar bila makan.

Apabila waktu petang sekitar jam 4.00 petang setiap hari ada pasar malam pula.  Di sini kita boleh dapatkan makanan siap di masak.  Ikan-ikan bakar pun banyak boleh pilih mana yang suka.  Dan lagi satu makanan yang terkenal di sana kepak ayam bakar. Di Sabah, saya rasa yang paling sedap yang pernah saya makan.  Hari minggu pula ada pasar minggu lain lagi, yang ni lagi besar pasarnya.  Banyak pasar di sana, sedia duit sahaja hendak membeli.  Kebanyakan di pasar, banyak wanita yang berniaga.  Mereka tekun berniaga menunggu pelanggan yang datang.  Barangan yang diniagakan pun hasil-hasil tanaman sekeliling rumah mereka.  Betul lah ayat Dr Azizan berniaga apa yang ada disekeliling kita.  Walaupun hanya ada beberapa ikat sayur, beberapa biji buah pun mereka boleh niagakan.  Saya hormat semangat mereka berniaga.

Alhamdullilah, dapat kawin orang sabah dapat lah saya menumpang melihat negeri orang.  Lagi satu, yang saya suka suasana di sabah keindahan alam semulajadinya.  Sepanjang perjalanan balik ke rumah emak mentua, saya dapat lihat gunung ganang, hutan-hutan hijau, laut, sawah padi, lembu, kambing dan lain-lain.  Indah sungguh ciptaan yang Maha Esa.  Nikmat menikmati santapan mata dengan keindahan alam ini.

Seminggu kami di sana, terasa masa cepat berlalu.  Berat rasanya untuk meninggalkan kampung halaman meninggal emak mentuaku.  Nasib baik lah rumah adik-beradik semua di situ dapat lah mereka melihat emak mentuaku. Tapi apa kan daya, perjalanan hidup mesti di teruskan.  Perniagaan di Kuala Lumpur pun sudah seminggu dibiarkan berjalan sendiri hanya pemantauan dari jauh sahaja.  Alhamdullilah, itu lah sistem sangat penting dalam perniagaan, walaupun kami tiada di Kuala Lumpur tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. In Shaa Allah jika di izinkan kami akan balik lebih kerap menemui emak mentuaku lagi.





No comments:

Post a Comment