Pages

Friday 15 January 2016

KOTA BELUD SABAH

TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
TEKS : RAFIDAH BINTI ALI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdullilah pembukaan 2016 yang sangat baik, kami pulang ke Kota Belud Sabah menemui wali keramat kami emak mentuaku sayang.  Sangat terkilan kami masih belum boleh balik setiap minggu untuk menemuinya.  Harapan kami besar untuk sentiasa bersama dengan wali keramat kami setiap masa.  Dan harapan itu juga untuk sentiasa bersama dengan ayahku sayang di kluang johor.   Kedua-duanya yang banyak mendokan kejayaan kami hari ini.  Impian kami semoga Allah makbulkan doakan kami untuk berdampingan dan menjaga mereka setiap masa.  Kami hendak selalu balik ke kampung menemui mereka.  Saya sangat merindui suasana kampung yang mendamaikan dan memberi ketenangan.

Seminggu kami di rumah mentuaku di Sabah.  Apa yang bestnya di sana ada perbezaan waktu sedikit.  Kita kena sesuaikan diri dengan waktu di sana.   Jangan terkejut 6.30pagi dah terang benderang jangan pulak terlewat bangun ingat kat semenanjung gelap lagi waktu ini.  Dan 6.30 petang pula dah gelap dan masuk mahgrib.  Di sana cepat satu jam masuk waktu solat. Tetapi bila dah selalu pulang ke sana, saya rasa automatik boleh sesuaikan diri.  Yang paling best pukul 9.00 malam mata pun dah kelat nak tidur macam kat sini pukul 10.00 malam baru terasa nak tidur.

Rumah emak mentuaku berdekatan dengan pekan Kota Belud.  Pagi-pagi kami akan pergi ke pasar, suka saya lihat sayur yang segar bugar dan ikan-ikan yang segar.  Sedap ini kalau masak, manis isi ikannya.  Sayurnya pun saya geram suka beli banyak-banyak sayur.  Masak sayur banyak pun takpe suka saya makan.  Ikan-ikan kami suka bakar sahaja sedap.  Apa yang saya nampak di sabah mereka memang suka makan makanan yang di bakar-bakar. Ikan bakar cicah sambal kicap atau cili, garam, dan perahan limau nipis pun sedap.  Di tambah sedap lagi dengan kerabu mangga.  Orang sana suka makan masam-masam.  Itu pun dah berselera sangat.  Lagi satu di sabah, jika kita pesan makanan mesti ada sup.  Itu sudah menjadi satu trademark pada orang sabah.  Di Sabah, sup pagi-pagi sudah ada memang sudah jadi satu kemestian. Di dalam supnya mesti ada timun.  Dulu pelik juga tetapi lelama dah biasa tengok, rasa ok je sedap rasa segar bila makan.

Apabila waktu petang sekitar jam 4.00 petang setiap hari ada pasar malam pula.  Di sini kita boleh dapatkan makanan siap di masak.  Ikan-ikan bakar pun banyak boleh pilih mana yang suka.  Dan lagi satu makanan yang terkenal di sana kepak ayam bakar. Di Sabah, saya rasa yang paling sedap yang pernah saya makan.  Hari minggu pula ada pasar minggu lain lagi, yang ni lagi besar pasarnya.  Banyak pasar di sana, sedia duit sahaja hendak membeli.  Kebanyakan di pasar, banyak wanita yang berniaga.  Mereka tekun berniaga menunggu pelanggan yang datang.  Barangan yang diniagakan pun hasil-hasil tanaman sekeliling rumah mereka.  Betul lah ayat Dr Azizan berniaga apa yang ada disekeliling kita.  Walaupun hanya ada beberapa ikat sayur, beberapa biji buah pun mereka boleh niagakan.  Saya hormat semangat mereka berniaga.

Alhamdullilah, dapat kawin orang sabah dapat lah saya menumpang melihat negeri orang.  Lagi satu, yang saya suka suasana di sabah keindahan alam semulajadinya.  Sepanjang perjalanan balik ke rumah emak mentua, saya dapat lihat gunung ganang, hutan-hutan hijau, laut, sawah padi, lembu, kambing dan lain-lain.  Indah sungguh ciptaan yang Maha Esa.  Nikmat menikmati santapan mata dengan keindahan alam ini.

Seminggu kami di sana, terasa masa cepat berlalu.  Berat rasanya untuk meninggalkan kampung halaman meninggal emak mentuaku.  Nasib baik lah rumah adik-beradik semua di situ dapat lah mereka melihat emak mentuaku. Tapi apa kan daya, perjalanan hidup mesti di teruskan.  Perniagaan di Kuala Lumpur pun sudah seminggu dibiarkan berjalan sendiri hanya pemantauan dari jauh sahaja.  Alhamdullilah, itu lah sistem sangat penting dalam perniagaan, walaupun kami tiada di Kuala Lumpur tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. In Shaa Allah jika di izinkan kami akan balik lebih kerap menemui emak mentuaku lagi.





Sunday 27 December 2015

PULAU PANGKOR

TEKS: RAFIDAH BINTI ALI
FOTO: RAFIDAH BINTI ALI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lamanya rasa tidak kemaskini blog, almaklum lah sibuk menguruskan business teksi dan bengkel kereta hendak-hendak sudah hujung tahun ini.  Banyak teksi yang perlu di hantar ke puspakom dan perbaharui cukai jalan.  Bila di puspakom faham-faham je lah berjam-jam menunggu.  Ikut nasib kekadang cepat selesai kekadang itu sampai malam menunggu.

Walau macamana pun tahun ini ada 2 tarikh bersejarah buat kelurga kami, 14/11/2015 hari itu anak buah(anak abang)  pertama kawin dan dikuti anak buah(anak kakak) bertunang pula 12/12/2015. Tarikh tu amat bermakna bagi saya kerana masa itu lah kami sekeluarga dapat berkumpul adik-beradik.  Seronok tidak terkata.


Anak buah(anak kakak) tunang dapat orang Teluk Intan Perak.   Selesai sahaja majlis tunang kami terus ke Pulau Pangkor satu jam dari Teluk Intan.  Idea ini pun datang daripada ayah saya katanya nak cari ikan bilis cantik-cantik kat sana almaklum lah belum pernah sampai Pulau pangkor, yang asalnya cadangan daripada kakak saya.  Kami sampai jeti Marina Island Pangkor jam 6:00 petang, kelam kabut kami ingatkan feri terakhir pukul jam 6:00 petang, rupa-rupanya feri terakhir jam 10:00 malam.  Lega rasanya takut tidak dapat naik feri sedangkan Homestay dah tempah. 10 minit sahaja daripada Marina Island ke Pulau Pangkor.

Sampai sahaja di Pulau Pangkor, kami menaiki 2 teksi/van berwarna pink ke Homestay yang kami tempah.  Bayaran yang di kenakan hanya RM10 setiap satu teksi.  Kami di hantar ke Ye Lin Guesthouse, cantik bangunan nya(lihat di gambar).  Kami hanya menyewa 2 bilik, bilik pertama untuk 10 orang, dan bilik kedua untuk 6 orang tetapi kami ramai ada 21 orang, maka terpaksa lah sewa tilam tambahan untuk yang masih kanak-kanak.

Malam itu, kami ber BBQ ada orang sponsor. Kami bakar ayam dengan kambing sahaja itu yang terlarat kami angkut bawa ke pulau pangkor.  Itu semua kami bawa daripada Kuala Lumpur.  Pihak homestay pun memang ada sediakan ruang untuk kami ber BBQ.  Macam arang itu kami beli lah di Pulau Pangkor. Ada juga lah makanan lain macam nasi lemak, kalau tiada takut tidak kenyang makan BBQ sahaja.  Kami ber BBQ sampai pukul 12:00 malam sahaja, semuanya tidak larat melayan mata dan kepenatan perjalanan ke sini.

Keesokannya selepas sarapan kami terus ke pantai. Ada macam-macam aktiviti kat sana, sebahagian dari kami ada yang bermain kuda, Banana Boat dan lain-lain dan ada juga yang jadi pemerhati sahaja.  Keadaan laut masa tu tenang sahaja tidak berbahaya untuk kami mandi manda.  Sebelum matahari tegak naik dan bahang memanah kulit kami sudah beredar balik ke homestay.  Di homestay ada disediakan kolam renang kami sambung mandi di situ pula.  Masa ini kanak-kanak lah paling seronok mandi dan kita yang jadi pemerhati pun seronok tengok keriangan mereka.

 Dengan masa yang terhad setakat itu sahaja masa untuk kami bermain air, lalu kami ke bilik dan berkemas-kemas beg dan keluar bilik jam 12:00 tengahari.  Aktiviti kami tidak terhenti di situ, kami menyewa teksi/van dan minta mereka bawa pusing-pusing di Pulau Pangkor ini.  Uncle cina yang menjadi pemandu pelancong kami, destinasi pertama uncle bawa kami ke kilang keropok ikan ada bermacam jenis keropok di situ.  Ada keropok ikan, sotong, udang dan macam-macam lagi sedap-sedap rasa keropok ikan itu.  Banyak lah masing-masing borong keropok di situ.

Destinasi kedua kami di bawa ke Tokong Foo Lin Kong, yang menarik di situ ada ikan besar-besar seronok tengok.  Cenderahati pun boleh beli di situ ada macam-macam jenis yang menarik.  Destinasi selanjutnya kami di bawa Kota Belanda, di situ boleh lah kita lihat peninggalan bekas-bekas sejarah.  Struktur binanya pun masih berada dalam keadaan asal.  Itu merupakan destinasi terakhir kami sebelum kami di hantar ke jeti. Sampai sahaja di jeti terperanjat saya ramai nya orang beratur untuk naik ke bot.  Ada itu, samapai bergaduh, menjerit dan macam-macam lagi.  Nasib kami baik kami beratur ke laluan Marina Island di situ tidak ramai orang, kami beratur pun dalam keadaan tenang.  Mereka yang ramai itu semua nak ke jeti Lumut.  Sekejap sahaja kami beratur sudah sampai giliran naik bot.  Kami sampai ke jeti Marina Island jam 4:00 petang.  Masa itu hujan sangat lah lebat.  Selepas hujan reda baru kami pulang.  Tetapi mereka semua ada rancangan lain lagi, mereka hendak ke Lumut katanya nak beli ikan bilis cantik-cantik di sana.  Saya dan suami pulang balik ke Kuala Lumpur tidak ikut serta mereka kerana banyak kerja yang perlu di uruskan.

 Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata dan kegembiraan yang tidak dapat diucap apabila bersama keluarga tersayang.  Banyak kenangan kami di sana,harap kami dapat berkumpul begini untuk tahun-tahun akan datang.





Saturday 31 October 2015

POP CORN 10 MINIT

TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya bermurah hati hendak kongsi resepi pop corn.  Semua suka makan kan, sambil tengok TV, wayang sambil menyuap ke mulut.  Sampai tidak sedar pop corn habis di makan.  Ok ini resepi nya, senang je boleh buat dekat rumah puan-puan, boleh buat banyak-banyak dan snek untuk anak-anak.  Ha, kan sudah jimat belanja.

Bahan dan cara-caranya

1. 2 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar marjerin.
2. Panaskan periuk menggunakan stir fry sehingga marjerin cair
3. Masukkan 2 genggam jagung popcorn. Gaul kesemuanya.
4. Offkan. Tutup dan set high pressure selama 2 minit... Release pressure, buka penutup dan keluarkan pop corn tersebut.

Karamel
5. 2 sudu minyak dan marjerin, stir fry untuk cairkan minyak dan marjerin.
6. Masukkan 2 sudu besar gula perang.
7. Offkan dulu, kemudian masukkan 2 sudu madu dan kacau.
8. Masukkan pop corn tadi dan gaul mesra, angkat dan sedia untuk dihidang. 

Friday 23 October 2015

DODOL 15 MINIT

TEKS ; RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI

Bahan-bahannya

1/2 cawan gula merah
1 cawan gula melaka
4 sudu gula putih
1 cawan air
2 helai daun pandan

*Bahan-bahan tersebut di Stir fry kemudian di sejukkan dan di tapis
*Ini sebagai air gula

Bahan lain

1 cawan tepung pulut
2 cmb tepung beras
2 cawan santan pekat
1 cmt garam
Air gula

*Untuk memudahkan kerja, bahan di atas semua di blender dan kemudian di tapis.

Cara-caranya

Bahan yang sudah di tapis di masukkan ke dalam periuk dan steam 5 minit dan kemudin stir fry hingga tidak melekat pada periuk.

Selamat mencuba

Sebelum


Selepas





Thursday 22 October 2015

SIAKAP KUKUS

TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI





Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siakap Kukus

Bahan-bahannya

1 Ekor ikan siakap saiz sederhana
Halia sebesar ibu jari - dimayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
3 biji bawang putih - cincang halus
5 biji cili padi warna merah - cincang halus
5 biji cili padi warna hujau - potong dua
1 biji tomoto - belah empat
3 batang serai
2 sudu sos tiram - lumur pada ikan
1/2 sudu teh garam - lumur pada ikan
Sedikit air asam jawa


Cara-caranya
-Semua bahan dan ikan dimasukkan ke dalam satu bekas kemudian kukus.

-Versi Noxxa kukus 20 minit- mengunakan teknik meletak tungku kemudian diletak bekas/tupperware di atasnya dan air di paras tungku.

Ini versi masakan ikan kukus cara saya.  Puan-puan boleh olah sendiri dan tambah apa-apa lagi yang patut.  Saya hanya mengunakan bahan yang ada.  Puan-puan kalau suka boleh tambah perahan limau, Asam boy dan lain-lain.

Selamat Mencuba

Untuk sebarang tempahan boleh melalui saya
Whatshap : +6010-7846392
Email : pnrafidahali@gmail.com


Noxxa Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik

TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : KOLEKSI SENDIRI & CARIAN GOOGLE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini saya hendak kenalkan sahabat baik saya yang banyak berbakti kepada saya dengan memudahkan rutin harian masakan saya.  Sejak adanya selalu dapat pujian dari en suami masakan saya jadi sedap dan masa masakan saya juga menjadi cepat.

Pasti semua hendak tahu kan namanya, ini lah Noxxa Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik.

Pelbagai fungsi - Masak Perlahan, Mengukus, Menumis.


Penerangan
  • Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah
  • Pelbagai fungsi - Masak Perlahan, Mengukus, Menumis
  • Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat
  • Pelewat Masa sehingga 8 jam.
  • Periuk tidak melekat 8L.


Saiz periuk bahagian dalam
  • Diameter: 26.2cm
  • Height: 17.5cm

Harga
Untuk Ahli - RM 657.20
Untuk Bukan Ahli - RM 788.65


Waranti satu (1) tahun daripada kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja. 



Senangkan, saya suka menggunakan khidmat ini, lebih-lebih lagi sangat membantu kaum ibu-ibu yang sangat sibuk.

Untuk sebarang tempahan boleh melalui saya.
Whatshap : +6010-7846392
Email : pnrafidahali@gmail.com




Wednesday 21 October 2015

TRADISI MENJEMPUT

TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam awal-awal pagi sudah dapat whatshap dari kakak ipar cakap hendak datang rumah.  Katanya hendak bergerak dari Melaka selepas sarapan pagi.  Kalau ikut perkiraan mereka sampai KL tengahari waktu makan.  Belum pun sempat hendak memasak suami ajak keluar teman dia beli barang bengkel, maka teman kan lah dia sekejap.  Sampai rumah sudah tengahari, dalam fikiran sediakan menu ringkas sahaja maka terhasillah ayam kicap pedas, ayam goreng dan kangkung goreng belacan untuk tetamu jauh.

Sebaik mereka sampai di rumah dan selepas makan tengahari, kakak ipar mengajak berjalan ke Kenanga Wholesale City (KWC) katanya hendak cari baju blouse.  Hari itu juga abang saya suruh saya jadi pemandu katanya senang orang KL yang pandu kereta tahu jalan dan tahu lorong mana hendak masuk.  Kalau dia yang pandu katanya salah dengar arahan sahaja habis memanjang salah jalan.  Oleh itu saya berkhidmat untuk dia sepanjang hari itu.  Semua pasti tahu kan KWC ini tempat borong pakaian lelaki perempuan, aksesori wanita, beg tangan, tudung, telekung,jubah, kasut dan macam-macam lagi.  Jikalau kita beli dalam kuantiti yang banyak pasti kita dapat harga yang murah.  Kalau beli satu harga macam dekat kedai biasa lah.  Sesiapa yang minat berniaga boleh dapatkan stok daripada situ murah-murah saya tengok harga borong di situ.  Di buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Sebenarnya tujuan mereka datang ke KL hendak menjemput sedara mara di sekitar KL untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka.  Nampak tak, sempat lagi membeli belah kan.  Berbalik ke tujuan asal sebaik sahaja selesai membeli belah di KWC, kami pergi minum dahulu di down town cheras, baru lah pergi ke rumah sepupu(lelaki) berdekatan rumah saya.  Sesampai sahaja di rumahnya, salam kami di sambut oleh anak sepupu saya.  Katanya ayah dia tiada di rumah balik kampung Muar yang ada emak dia sahaja.  Walaubagaimanapun kami di sambut baik dan di pelawa masuk ke rumah nya.  Sambil-sambil berborak kami di hidangkan mee goreng udang, teh tarik, air oren dan kuih muih.  Itu kami tidak bagi tahu hendak datang, kalau bagitahu lagi macam-macam mereka hidang.  Apa yang best nya makanan dan air tersebut semuanya pesan dari  kedai makan berdekatan.  Punya lah senang orang sekarang kan semua main pesan sahaja yang penting sedia duit.

Dalam kami berborak-borak, tetiba kami di kejutkan dengan kepulangan sepupu saya sungguh cepat dia memandu 2 jam sudah sampai dari Muar.  Perbualan kami jadi sambung menyambung tanpa sedar jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.  Banyak perkara yang kami berbualkan.  Topik yang menarik mengenai anak lelaki sepupu saya.  Rupanya sudah 3 bulan dia menganggur.  Ini bukan di sebabkan dia tidak mahu kerja tetapi di paksa ambil VSS.  Muda lagi umurnya baru 22 tahun.  Sekarang ini sibuk menyiapkan ilmu berniaga.  Saya sokong apa yang dia lakukan.  Dia patut rasa bersyukur pada umur yang muda sudah di uji dan menyedarkan diri dari buaian keselesaan bekerja makan gaji.  Kan “perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kita”.  Maka nasihat demi nasihat di berikan kepada nya sebagai penguat semangat untuk teruskan kehidupan.  Nampak gayanya dia sudah ada perancangan pasal berniaga ini.

Satu perkara yang saya hendak sentuh lagi mengenai budaya menjemput majlis perkahwinan, keluarga kami masih mengekalkan tradisi ini.  Walaupun sudah ada teknologi canggih seperti telepon, whatshap, facebook dan lain-lain lagi tetapi kami masih kekalkan adat tersebut.  Nampak lebih sopan dan manis menjemput sedara terdekat terus datang ke rumahnya.  Ini semua bergantung kepada keselesaan masing-masing.  Yang mana ada masa boleh buat cara tersebut dan mana yang tiada masa boleh gunakan teknologi yang ada.  Dimaklumkan abang dan kakak ipar saya sudah 2 hari menjemput sedara mara bertolak dari Kluang dan destinasi pertama di Muar Johor, dan kemudian ke Melaka dan tidur di Melaka.  Keesokan harinya baru lah bertolak ke KL rumah pertama ke rumah saya dan kedua rumah sepupu saya.

Tanpa disedari jam menunjukkan pukul 1.00 pagi.  Kami patut bergerak balik lagipun tuan rumah kerja esok.  Kami bersalaman dan bergerak balik.  Abang saya menghantar saya ke rumah dan mereka meneruskan destinasi seterusnya ke rumah kakak saya di Shah Alam dan tidur di sana.  Alhamdullilah diberi kesempatan seharian dapat melayan mereka hari itu.