Pages

Wednesday 21 October 2015

TRADISI MENJEMPUT

TEKS : RAFIDAH BINTI ALI
FOTO : RAFIDAH BINTI ALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam awal-awal pagi sudah dapat whatshap dari kakak ipar cakap hendak datang rumah.  Katanya hendak bergerak dari Melaka selepas sarapan pagi.  Kalau ikut perkiraan mereka sampai KL tengahari waktu makan.  Belum pun sempat hendak memasak suami ajak keluar teman dia beli barang bengkel, maka teman kan lah dia sekejap.  Sampai rumah sudah tengahari, dalam fikiran sediakan menu ringkas sahaja maka terhasillah ayam kicap pedas, ayam goreng dan kangkung goreng belacan untuk tetamu jauh.

Sebaik mereka sampai di rumah dan selepas makan tengahari, kakak ipar mengajak berjalan ke Kenanga Wholesale City (KWC) katanya hendak cari baju blouse.  Hari itu juga abang saya suruh saya jadi pemandu katanya senang orang KL yang pandu kereta tahu jalan dan tahu lorong mana hendak masuk.  Kalau dia yang pandu katanya salah dengar arahan sahaja habis memanjang salah jalan.  Oleh itu saya berkhidmat untuk dia sepanjang hari itu.  Semua pasti tahu kan KWC ini tempat borong pakaian lelaki perempuan, aksesori wanita, beg tangan, tudung, telekung,jubah, kasut dan macam-macam lagi.  Jikalau kita beli dalam kuantiti yang banyak pasti kita dapat harga yang murah.  Kalau beli satu harga macam dekat kedai biasa lah.  Sesiapa yang minat berniaga boleh dapatkan stok daripada situ murah-murah saya tengok harga borong di situ.  Di buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Sebenarnya tujuan mereka datang ke KL hendak menjemput sedara mara di sekitar KL untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka.  Nampak tak, sempat lagi membeli belah kan.  Berbalik ke tujuan asal sebaik sahaja selesai membeli belah di KWC, kami pergi minum dahulu di down town cheras, baru lah pergi ke rumah sepupu(lelaki) berdekatan rumah saya.  Sesampai sahaja di rumahnya, salam kami di sambut oleh anak sepupu saya.  Katanya ayah dia tiada di rumah balik kampung Muar yang ada emak dia sahaja.  Walaubagaimanapun kami di sambut baik dan di pelawa masuk ke rumah nya.  Sambil-sambil berborak kami di hidangkan mee goreng udang, teh tarik, air oren dan kuih muih.  Itu kami tidak bagi tahu hendak datang, kalau bagitahu lagi macam-macam mereka hidang.  Apa yang best nya makanan dan air tersebut semuanya pesan dari  kedai makan berdekatan.  Punya lah senang orang sekarang kan semua main pesan sahaja yang penting sedia duit.

Dalam kami berborak-borak, tetiba kami di kejutkan dengan kepulangan sepupu saya sungguh cepat dia memandu 2 jam sudah sampai dari Muar.  Perbualan kami jadi sambung menyambung tanpa sedar jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.  Banyak perkara yang kami berbualkan.  Topik yang menarik mengenai anak lelaki sepupu saya.  Rupanya sudah 3 bulan dia menganggur.  Ini bukan di sebabkan dia tidak mahu kerja tetapi di paksa ambil VSS.  Muda lagi umurnya baru 22 tahun.  Sekarang ini sibuk menyiapkan ilmu berniaga.  Saya sokong apa yang dia lakukan.  Dia patut rasa bersyukur pada umur yang muda sudah di uji dan menyedarkan diri dari buaian keselesaan bekerja makan gaji.  Kan “perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kita”.  Maka nasihat demi nasihat di berikan kepada nya sebagai penguat semangat untuk teruskan kehidupan.  Nampak gayanya dia sudah ada perancangan pasal berniaga ini.

Satu perkara yang saya hendak sentuh lagi mengenai budaya menjemput majlis perkahwinan, keluarga kami masih mengekalkan tradisi ini.  Walaupun sudah ada teknologi canggih seperti telepon, whatshap, facebook dan lain-lain lagi tetapi kami masih kekalkan adat tersebut.  Nampak lebih sopan dan manis menjemput sedara terdekat terus datang ke rumahnya.  Ini semua bergantung kepada keselesaan masing-masing.  Yang mana ada masa boleh buat cara tersebut dan mana yang tiada masa boleh gunakan teknologi yang ada.  Dimaklumkan abang dan kakak ipar saya sudah 2 hari menjemput sedara mara bertolak dari Kluang dan destinasi pertama di Muar Johor, dan kemudian ke Melaka dan tidur di Melaka.  Keesokan harinya baru lah bertolak ke KL rumah pertama ke rumah saya dan kedua rumah sepupu saya.

Tanpa disedari jam menunjukkan pukul 1.00 pagi.  Kami patut bergerak balik lagipun tuan rumah kerja esok.  Kami bersalaman dan bergerak balik.  Abang saya menghantar saya ke rumah dan mereka meneruskan destinasi seterusnya ke rumah kakak saya di Shah Alam dan tidur di sana.  Alhamdullilah diberi kesempatan seharian dapat melayan mereka hari itu.




No comments:

Post a Comment